Jenis-Jenis Cinta

:: BismillahiiRahmaniiRahim ::

Cinta Itu sebenarnya adalah tanggungjawab dan amanah kepada manusia. jenis-jenis cinta sebenarnya ada 8  kesemuanya dan mungkin juga akan jumpa  penulisan lain yang menerangkan jenis-jenis cinta...  jom kita tengok apakah jenis2 cinta yang terdapat dalam kehidupan seharian kita.


Yang pertama adalah Cinta Mawaddah, jika dilihat kepada maksud mawaddah itu sendiri adalah menggebu-gebu. dalam erti kata lain rasa yang membara. Golongan yang mempunyai cinta jenis ini  seoleh-bolehnya tidak mahu berpisah dengan pasangannya  dan hampir tidak boleh memikirkan erkara lain. seperti contoh  apabila seorang yang sangat meminati kucing dan apabila ia peroleh kucing yang sangat gebu pasti dia akan terbuai oleh kucing itu tadi. jika dilihat seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan selalu golongan inilah  yang tergolong dalam jenis cinta mawaddah.

Dan jenis cinta yang kedua pula ialah Cinta Rahmah, cinta rahmah ini  ialah cinta yang penuh dengan kasih sayang, penuh kelembutan  dan sanggup melindungi serta bekorban apa saja. Golongan yang mempunyai cinta jenis ini  iakan akan bersifat lebih memerhatikan orang yang dicintainya berbanding diri sendiri kerana baginya ynag penting adalah kebahagiaan pasanganya.  Dan ia sangat memaklumi akan kekurangan  pasangannya dan akan memaafkan pasngannya jika berlaku permasalahan antara mereka. Bagi yang tergolong dalam cinta jenis ini  ianya mempunyai kepekaan yang sangat tinggi terhadap pasangan seperti contoh dalam keluarga  jika berlaku keadaan yang menyebabbkan ahli keluarganya merasa tidak selesa maka ia terlebih dahulu akan mengambil tindakan untuk mengatasi  keadaan tersebut agar tidak memudaratkan orang yang disayanginya.  Bagi suami isteri yang diikat oleh Cinta Mawaddah dan Rahmah sekaligus akan saling setia lahir-batin, dunia dan akhirat.

Bagi jenis yang ketiga pula ialah ialah Cinta Mail, bukan mail(mel) cinta jenis ini adalah cinta sementara yang sangat membara, sehinggkan menyedut seluruh perhatian  yang menyebabkan hal-hal lain cendrung kurang diperhatikan.  Cinta jenis ini  dalam al-quran disebut dalam kontek orang yang berpoligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama. namun tidak semua yang berpoligami itu mengabaikan yang lama ianya bergantung kepada yang berpoligami itu sendiri.

Dan bagi jenis yang keempat pula ialah Cinta Syaghaf, cinta jenis ini adalah cinta yang sangat mendalam, alami,menghairahkan dan memabukkan,  golongan yang diserang cinta jenis ini syaghaf dikatakan (qad syaghafaha hubba) seperti orang gila, lupa diri  dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukan.  Al-quran menngukan "term" syaghaf ini  ketika mengisahkan bagaimana cintanya Zulaikha iaitu isteri kepada pembesar mesir kepada Nabi Yusuf.

Cinta yang kelima pula ialah Cinta Ra'fah, iaitu rasa kasih sayang yang mendalam hingga mengalahkan  norma-norma kebenaran, misalnya ibu yang merasa belas terhadap anaknya yang ketika nyenyak tidur sehingga tidak sanggup membangunkan anaknya untuk menunaikan solat' walaupun tahu perbuatanya itu salah. Al-quran menyebut tentang  init ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah. dalam hal ini ia merujuk bagi kes hukuman penzina (Q/24:2)

Yang keenam pula  ialah Cinta Shobwah. iaitu cinta buta , cinta yang mendorng kepada perilaku yang salah dan menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al-quran Menerangkan  ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusof berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya, (Q/12:33)

Dan bagi jenis cinta yang ketujuh ialah Cinta Syauq(Rindu), ini adalah berdasarkan  daripada hadis yang menafsikan  Al-quran dalam surah al-ankabut ayat 5 " dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah  waktunya akan tiba". kalimat kerinduan ini kemudian din=ungkapkan dalam doa ma'tsur dari riwayat Ahmad "wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika" aku bermohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajahMu  dan nikmatnya kerinduan untuk bertemu denganMu.

Dan jenis cinta yang terakhir atau yang kelapan ialah  Cinta Kulfah, iaitu  perasaan cinta yang disertai kesedaran dalam mendidik kepada hal-hal yang positif. seperti seorang ibu menyuruh anaknya menyapu sampah, membersihkan bilik sendiri walaupun jika kadang-kadang mempunyai pembantu.

sekian saja..
*jika ada salah dan silap tegur-tegulah insyaAllah  sama-sama kita kongsi*
 

No comments:

Post a Comment